Jan 17, 2014

Info SUSU IBU


Kebaikan Susu Ibu untuk BAYI
  • Mengandungi semua nutrient yg lengkap & sesuai untuk kecerdasan minda & tumbesaran bayi
  • Mengandungi antibodi yg melindungi bayi daripada angkitan kuman, cirit birit, radang paru-paru & alahan
  • Mudah dihadam
  • Mengurangkan risiko diabetes & obesiti semasa kanak-kanak


Kebaikan Susu Ibu untuk IBU
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu & anak
  • Mengecutkan rahim & mengurangkan pendarahan
  • Mengjarakkan kehamilan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • Mengembalikan bentuk badan kepada bentuk asal
  • Mengjimatkan masa & wang
  • Mengurangkan risiko barah rahim & ovari
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang & anaemia


Penyusuan Mengikut Kehendak Ibu & Bayi (Baby Led-Feeding)
1. Susukan bayi apabila bayi lapar @ ibu merasakan payudara penuh
2. Kejutkan bayi jika tidur terlalu lama
3. Tidak menghadkan tempoh & kekerapan penyusuan

          Kepentingan : Mengekalkan penyusuan untuk tempoh yg lama
                                     Mengurakan bengkak payudara
                                         Bayi mendapat perlindungan drpd masalah kuning & penyakit lain
                                            Meningkatkan berat badan bayi

Kekerapan Penyusuan & Penghasilan Susu yg Mencukupi
  1. Tanda cukup susu
  • Bayi menyusu dengan kerap
  • Bayi buang airkecil 6-8 kali sehari
  • Bayi buang air besar 3-4 kali sehari
  • Kulit bayi licin & tegang
  • Otot bayi pejal
  • Bayi aktif & kurang menangis
  • Berat bayi bertambah
  1. Penghasilan susu yg mencukupi
  • Susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak ibu & bayi
  • Bagi ibu bekerja ; lakukan perahan di rumah, beri susu perahan kpd bayi, teruskan penyusuan pada waktu malam
  • Tidak memberi apa-apa makanan @ minuman lain selain susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama
  • Pastikan posisi & pelekapan yg betul
  • Amalkan pemakanan yg seimbang & secukupnya.



Sumber : Klinik Desa Batu Kikir