Oct 18, 2011

EKSPO PERTANIAN & PESTA KONVOKESYEN UPM 2011

TARIKH : 14 - 19 OKTOBER 2011
TEMPAT : BUKIT EKSPO, UPM 

Event yang berlangsung selama seminggu ini adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-35. 
Terdapat banyak gerai-gerai jualan yang menjual makanan & minuman seperti masakan panas, makanan-makanan ringan & macam-macam lagi. 
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pakaian, tudung dan barang-barang cenderahati.
Malah, terdapat beberapa pameran daripada fakulti-fakulti dari UPM.


Pelbagai aktivi menarik turut disediakan, antaranya, 
Kayak, Kanoe, Boat, Flying Fox, High Rope Low Rope & Tyrolean Transverse. 
Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Kepimpinan & Kejurulatihan Rekreasi Luar UPM. 
Setiap Aktiviti Berharga RM3/seorang.









Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang menjual haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, ayam, ikan & lain-lain. Antara haiwan yang termahal dijual di situ, ialah seekor kucing jantan yang berusia 2 tahun. 
Harga yang diletakkan adalah RM2400.00!


Tidak ketinggalan juga gerai yang menjual pelbagai jenis pokok seperti, ros, orkid, kaktus & terdapat juga sebuah pokok yang UNIK, POKOK RAMA-RAMA. 

POKOK RAMA-RAMA

Tambahan lagi, terdapat juga pertandingan yang diadakan seperti 
Pertandingan Teh Tarik, Pertandingan Mengukir Buah, Pertandingan Rasa & Teka dan banyak lagi.



No comments:

Post a Comment