Nov 17, 2011

SOFBALL INTERKOLEJ

WAKIL : KOLEJ 17
TARIKH PERLAWANAN : 13 /11 / 2011
MASA : 0830 (KTP) , 1330 (KOLEJ 13) , 1530 (KOLEJ 16)
TEMPAT : PADANG BERHADAPAN KC
AHLI : 18 PEMAIN + 2 PENGURUS



PENGENALAN

  • Sofbal dimainkan oleh 2 pasukan di lapangan sofbal.
  • Pasukan Bertahan = Pasukan Fielder & Pasukan Menyerang = Pasukan Batting
  • Setiap pasukan minima memiliki 9 pemain & selebihnya merupakan pemain simpanan.
  • Pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul. Pasukan yang mendapat giliran memukul bergantian seorang demi seorang untuk memukul bola.
  • Pasukan yang berjaga berusaha mematikan anggota pasukan yang mendapat giliran memukul.
  • Pasukan yang mendapat giliran memukul mendapat kesempatan 3 kali mati (out) sebelum giliran memukul digantikan pasukan yang bertahan.
  • Skor (run) dihasilkan dari seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan & kembali memijak home plate.




PASUKAN FIELDER 

Pitcher
  • Berdiri di atas plate & menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate & tingginya tidak lebih dari dada & tidak kurang dari lutut batter.
Catcher
  • Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Dilengkapi dengan kelengkapan perlindungan & bertugas menangkap lemparan pitcher. Catcher menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala & muka, body protector untuk melindungi kawasan badan & legguard untuk melindungi kawasan lutut ke bawah. 
7 orang fielder
  • 4 penjaga kawasan dalam (infielder) - Penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), Penjaga antara base kedua & ketiga (shortstop) & penjaga base ketiga (3rd base)
  • 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder) - Penjaga sebalah kiri (left fielder), tengah (center) & kanan (right fielder)

PASUKAN BATTER

Tiap batter mempunyai kesempatan 3 kali strike & 4 kali ball. 3 kali strike akan membuat batter mati “Strike Out”. Apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan sebagai free walk.



GLOVE
BOLA
BATTER HAT
BAT
PAKAIAN CATCHER
PERALATAN

BOLA SOFBALL
  • Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.

SARUNG TANGAN (glove)
  • Dipakai oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari, sedangkan mitt tidak).

KAYU PEMUKUL
  • Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbol. Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa berada di dalam padang permainan.

No comments:

Post a Comment