Oct 27, 2011

PUASA

MAKSUD PUASA 
Menahan diri daripada makan, minum & perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat.


SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
  1. ISLAM
  2. BALIGH
  3. BERAKAL
  4. SUCI DARIPADA HADAS 
  5. MAMPU UNTUK BERPUASA
  
JENIS- JENIS PUASA 
  1. PUASA WAJIB
  2. PUASA SUNAT
  3. PUASA NAZAR


1. PUASA WAJIB
- Di bulan Ramadhan 
- Merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Isalam yang cukup syarat-syaratnya. 

2. PUASA SUNAT 
- Perkara-perkara yang sunat merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T. Jika melakukannya, akan mendapat pahala & tidak akan dikenakan apa-apa siksa oleh Allah S..W.T sekiranya tidak melakukannya.
- Antar hari-hari yang disunatkan berpuasa :-
  • Puasa selama 6 hari pada bulan Syawal
  • Puasa pada hari 9 Zulhijjah. Pada hari ini, umat Islam yang mengerjakan haji sedang berada di Padang Arafah untuk menunaikan rukun haji (wukuf di Arafah)
  • Puasa pada hari 9 & 10 Muharram
  • Puasa pada 10 hari pertama pada bulan Muharram
  • Puasa pada Bulan Sya'ban
  • Puasa pada hari Isnin & Khamis
  • Puasa pada hari 'putih' iaitu pada hari 13, 14, 15 tiap-tiap bulan Islam

3. PUASA NAZAR



PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan / minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga-rongga badan seperti mulut, telinga, hidung & rongga kemaluan dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah nifas / haid
  • Melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari
  • Gila 
  • Murtad

PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA
  • Melambatkan makan sahur & menyegerakan makan berbuka
  • Membaca doa ketika berbuka
  • Berbuka dengan buah kurma / makanan yang manis / air
  • Membanyakkan amalan membaca Al-Quran & berzikir
  • Membanyakkan amalan bersedekah
  • Mengerjakan Solat Tarawih & Witir pada waktu malam
  • Melakukan kebaikan & meninggalkan perkara-perkara maksiat


*** dari segi saintifik, berpuasa mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih muda. Hal ini adalah kerana, ketika berpuasa, kita akan kurang mengambil makanan, maka, kuranglah proses metabolisma dalam badan yang mana akan menghasilkan molekul radikal bebas. Radikal bebas ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Jadi, semasa puasa, radikal bebas yang dihasilkan kurang & secara automatik dapat melambatkan proses penuaan. Selain itu, berpuasa juga dapat merehatkan sistem pencernaan kita yang telah bekerja saban hari.
*** BERPUASA = MENYAHTOKSID



RUJUKAN 



Oct 23, 2011

KEK BATIK

BAHAN-BAHAN

Mentega (1 buku Buttercup)

Susu Manis (1/2 tin)

Milo (1 paket kecik )

Biskut Marie (1 paket) -dipatahkan kecil-kecil





CARA-CARA
  1. Masukkan Mentega ke dalam kuali. Tunggu sehingga mentega cair sepenuhnya. (Pastikan api kecik)
  2. Masukkan Susu Manis & kacau sehingga sebati. (Pastikan api kecik)
  3. Masukkan Milo & teruskan kacau. (jangan biarkan ia berketul-ketul)
  4. Masukkan Biskut Marie & kacau sehingga rata. 
  5. Masukkan ke dalam bekas & mampatkan ia. Biarkan sejuk.
  6. SIAP!


Oct 18, 2011

EKSPO PERTANIAN & PESTA KONVOKESYEN UPM 2011

TARIKH : 14 - 19 OKTOBER 2011
TEMPAT : BUKIT EKSPO, UPM 

Event yang berlangsung selama seminggu ini adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen Ke-35. 
Terdapat banyak gerai-gerai jualan yang menjual makanan & minuman seperti masakan panas, makanan-makanan ringan & macam-macam lagi. 
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pakaian, tudung dan barang-barang cenderahati.
Malah, terdapat beberapa pameran daripada fakulti-fakulti dari UPM.


Pelbagai aktivi menarik turut disediakan, antaranya, 
Kayak, Kanoe, Boat, Flying Fox, High Rope Low Rope & Tyrolean Transverse. 
Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Kepimpinan & Kejurulatihan Rekreasi Luar UPM. 
Setiap Aktiviti Berharga RM3/seorang.









Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang menjual haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster, ayam, ikan & lain-lain. Antara haiwan yang termahal dijual di situ, ialah seekor kucing jantan yang berusia 2 tahun. 
Harga yang diletakkan adalah RM2400.00!


Tidak ketinggalan juga gerai yang menjual pelbagai jenis pokok seperti, ros, orkid, kaktus & terdapat juga sebuah pokok yang UNIK, POKOK RAMA-RAMA. 

POKOK RAMA-RAMA

Tambahan lagi, terdapat juga pertandingan yang diadakan seperti 
Pertandingan Teh Tarik, Pertandingan Mengukir Buah, Pertandingan Rasa & Teka dan banyak lagi.



Oct 15, 2011

KOLEKSI GAMBAR KUCING














 
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,
"Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," 
[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan, satu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda,
"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." 
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, 
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.