Oct 27, 2011

PUASA

MAKSUD PUASA 
Menahan diri daripada makan, minum & perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat.


SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
  1. ISLAM
  2. BALIGH
  3. BERAKAL
  4. SUCI DARIPADA HADAS 
  5. MAMPU UNTUK BERPUASA
  
JENIS- JENIS PUASA 
  1. PUASA WAJIB
  2. PUASA SUNAT
  3. PUASA NAZAR


1. PUASA WAJIB
- Di bulan Ramadhan 
- Merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Isalam yang cukup syarat-syaratnya. 

2. PUASA SUNAT 
- Perkara-perkara yang sunat merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T. Jika melakukannya, akan mendapat pahala & tidak akan dikenakan apa-apa siksa oleh Allah S..W.T sekiranya tidak melakukannya.
- Antar hari-hari yang disunatkan berpuasa :-
  • Puasa selama 6 hari pada bulan Syawal
  • Puasa pada hari 9 Zulhijjah. Pada hari ini, umat Islam yang mengerjakan haji sedang berada di Padang Arafah untuk menunaikan rukun haji (wukuf di Arafah)
  • Puasa pada hari 9 & 10 Muharram
  • Puasa pada 10 hari pertama pada bulan Muharram
  • Puasa pada Bulan Sya'ban
  • Puasa pada hari Isnin & Khamis
  • Puasa pada hari 'putih' iaitu pada hari 13, 14, 15 tiap-tiap bulan Islam

3. PUASA NAZAR



PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan / minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga-rongga badan seperti mulut, telinga, hidung & rongga kemaluan dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah nifas / haid
  • Melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari
  • Gila 
  • Murtad

PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA
  • Melambatkan makan sahur & menyegerakan makan berbuka
  • Membaca doa ketika berbuka
  • Berbuka dengan buah kurma / makanan yang manis / air
  • Membanyakkan amalan membaca Al-Quran & berzikir
  • Membanyakkan amalan bersedekah
  • Mengerjakan Solat Tarawih & Witir pada waktu malam
  • Melakukan kebaikan & meninggalkan perkara-perkara maksiat


*** dari segi saintifik, berpuasa mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih muda. Hal ini adalah kerana, ketika berpuasa, kita akan kurang mengambil makanan, maka, kuranglah proses metabolisma dalam badan yang mana akan menghasilkan molekul radikal bebas. Radikal bebas ini boleh mempercepatkan proses penuaan. Jadi, semasa puasa, radikal bebas yang dihasilkan kurang & secara automatik dapat melambatkan proses penuaan. Selain itu, berpuasa juga dapat merehatkan sistem pencernaan kita yang telah bekerja saban hari.
*** BERPUASA = MENYAHTOKSID



RUJUKAN 



No comments:

Post a Comment