TARIKH : 19 NOVEMBER 2011
MASA : 0930 - 1630
TEMPAT : BLOK A, KOLEJ 17
ANJURAN : VETERNAK, ZOOLOGICO, FPV, BHEM UPM
PRO-KASIH
(Program Pengkasian Haiwan)
Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya golongan pelajar di Kolej 17, mengenai kepentingan & kebaikan pengkasian haiwan ini terutamanya kucing & anjing.
Selain memberi pendedahan mengenai PRO-KASIH, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pelajar seperti Kuiz, Snake & Ladder, Teka Bunyi Haiwan & lain-lain.
KUIZ |
SNAKE & LADDER |
KASI (neuter) bermaksud, proses / pembedahan yang mana akan membuang sistem peranakan kucing / anjing (ovari = betina, testis = jantan). Pengkasian untuk haiwan jantan dipanggil CASTRATED, manakala untuk haiwan betina pula dipanggil SPAYED.
Tujuan pengkasian ini dilakukan adalah bagi mengurangkan populasi kucing & anjing. Hal ini kerana, mereka membiak dengan sangat cepat. Hal ini akan menyebabkan banyak kucing & anjing jalanan yang berkeliaran. Dan kebanyakkannya tidak mendapat makanan yang cukup, malah terdedah kepada penyakit. Yang paling teruk, mereka berkemungkinan diseksa oleh manusia-manusia yang kejam & tidak berhati perut. Sekurang-kurangnya, dengan PRO-KASIH ini, kita dapat mengurangkan kekejaman yang dilakukan terhadap binatang.
Sumber Dari JAKIM :
"Bahawa mengembiri bintang kesayangan (seperti kucing / anjing) hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ummah"
PRO-KASIH
- TANGKAP - KASI - LEPAS = Haiwan terbiar akan ditangkap, distabilkan selama 2 hari, dikasi, dijaga selama 2 hari & dilepaskan semula ke tempat asalnya.
- Pengkasian ini adalah tidak sakit kerana haiwan tersebut akan diberi ubat bius sepanjang pengkasian dilakukan & ubat tahan sakit akan diberi selepas pengkasian.
- Sebarang risiko akan dikenalpasti dahulu sebelum pembedahan. Pengkasian hanya mengambil masa 20 minit & kuantiti darah yang hilang adalah sangat minimum. Selalunya, haiwan tersebut akan pulih selepas sehari.
- Melalui program ini, kita dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit yang melibatkan manusia & haiwan peliharaan.
- Kucing / anjing boleh dikasikan seawal usianya mencecah 6 minggu.Hal ini kerana, mereka berupaya untuk membiak setelah mencecah usia 6 bulan. Pengkasian adalah lebih baik dilakukan sebelum usianya 6 bulan.
INFO MENARIK
- Dalam setahun, kucing betina mampu bunting sebanyak 2 kali.
- Tempoh masa bagi seekor kucing betina bunting adalah selama 3 bulan.
- Seekor kucing betina mampu melahirkan 2-6 ekor anak kucing (sekali bunting).
- 1 TAHUN UMUR KUCING = 7 TAHUN UMUR MANUSIA
- Paracetamol merupakan toksin bagi kucing & boleh menyebabkan kucing itu mati sekiranya diberikan Paracetamol.
- Coklat merupakan toksin bagi anjing & boleh menyebabkan anjing itu mati sekiranya diberi coklat.
- Sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan, boleh dikenakan denda RM 100,000.00 / penjara 6 bulan (berdasarkan undang-undang Malaysia)
No comments:
Post a Comment