Aug 14, 2011

FIKH WANITA


TARIKH : 13 OGOS 2011

MASA : 0900 - 1400

TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA. FPSK, UPM

PENCERAMAH :  USTAZ FAUWAZ FADZIL

UNIVERSITI TERLIBAT : UPM, UKM, UM, USIM, UiTM, CUCMS, IMU 

ANJURAN : PUTRA MEDICAL CLUB & MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA
 

TAJUK : UNIKNYA RAHSIA ALLAH PADA DIRIMU

Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fauwaz ialah :- 
HADAS - HADAS YANG KELUAR MELALUI FARAJ
1. Hadas wuduk disebabkan faraj wanita
2. Hadas junub berpunca dari faraj wanita
3.Hadas dari darah yang keluar dr faraj wanita

Hadas wuduk disebabkan oleh faraj wanita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, 
1. Disebakan tersentuh faraj sendiri / wanita lain
2. Disebabkan keluar sesuatu dari faraj wanita

1. Berdasarkan pendapat ustaz, beliau berpendapat, menyentuh faraj sendiri / wanita lain adalah tidak batal wuduk, asalkan ianya berlapik dengan kain & ianya batal sekiranya menyentuh dengan sengaja & tanpa sebarang pelapik. (ini adalah mazhab Hanbali dalam satu riwayat & mazhab Zahiri)

2. Untuk bahagian ini, ia terbahagi kepada 6 pecahan kecil,
  • Sesuatu yang keluar secara biasa pada tempat keluar & waktu keluar
Apa yang keluar dari faraj secara kebiasaan adalah membatalkan wuduk, sama ada tidak sengaja, lupa / terkeluar sedikit / banyak sebab tidak dapat tahan. ( contoh air kencing)

Berdasarkan dalil : Firman ALLAH S.W.T 
Maksudnya : "atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk & mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih"
  • Sesuatu najis yang keluar secara biasa dari sudut waktu tapi bukan pada tempat yang biasa keluar
Ustaz berpendapat, tidak batal wuduk keluar air kencing bukan dari faraj. Contohnya, pesakit yang ditebuk tube di perut untuk mengeluarkan air kencingnya. Saluran kencingnya normal, cuma kesakitan menyebabkan dia terpaksa menggunakan tube untuk mengeluarkan air kencingnya.
Ustaz juga menerangkan, bagi mereka yang mempunyai saluran kencing bermasalah / cacat & dibuat lubang lain selain faraj untuk mengeluarkan air kencingnya, hukumnya batal wuduk.
  • Sesuatu yang keluar bersifat bersih dari segi waktu tapi bukan dari segi tempat
Ustaz berpendapat, tidak batal wuduk sekiranya keluar angin melalui faraj.
  • Sesuatu yang keluar secara normal pada tempat keluar, tapi keluar bukan pada waktu keluar
  • Sesuatu yang keluar bersifat jarang berlaku & tidak normal
Ustaz berpendapat, tidak batal wuduk sekiranya keluar benda-benda yang jarang keluar melalui faraj (batu, ulat) melainkan darah kerana ia seperti air kencing yang keluar.
  • Beberapa gambaran khusus mengenai benda yang keluar dari faraj wanita
Air putih yang keluar dari faraj wanita hamil, air kekuningan & air berwarna keruh, air mani lelaki yang keluar dari faraj wanita bukan hasil jimak



*** untuk maklumat lebih lanjut & lengkap, sila dapatkan buku ini pada harga RM 20.00 sahaja.
*** terdapat banyak lagi perbahasan mengenai hukum... apa yg ditulis diatas hanya 1/10 daripada isi buku tersebut.






No comments:

Post a Comment