Aug 23, 2011

SHAMELIN Mangostyn Juice (SMJ)

contoh kotak.. 1 kotak mengandungi 3 botol jus
SMJ adalah minuman kesihatan antioksida yang menggunakan sepenuhnya buah manggis, samada isi, biji mahupun kulit. Manggis merupakan isi kandungan utama minuman kesihatan ini kerana terdapat kajian yang membuktikan bahawa manggis mengandungi sebatian unik, Xanthone, yang mana mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Selain itu, terdapat juga bahan lain selain manggis, seperti, ekstrak biji anggur, ekstrak acai, ekstrak delima, jus epal & puri roselle. Kesemua bahan di atas mengandungi kadar antioksida yang tinggi, yang mana baik untuk badan.

RADIKAL BEBAS??? ANTIOKSIDA???

Radikal bebas ini terhasil melalui proses metabolisme yang berlaku di dalam badan. Saban hari, badan kita melakukan pelbagai proses metabolisme, sbg cnth metabolisme lemak, karbohidrat, protein & banyak lagi. Bahan radikal bebas ini berkemampuan untuk mendatangkan kerosakan kepada badan kita dengan mengambil elektron dari tubuh badan manusia. Pengambilan elektron ini menyebabkan berlakunya perubahan di dalam struktur DNA manusia sehingga terjadinya sel-sel mutan. 

Oleh itu, fungsi antioksida adalah untuk meneutralkan & menstabilkan radikal bebas, yang mana tidak elok untuk badan manusia. Antioksida adalah molekul / atom yang mempunyai lebihan elektron. Jadi, lebihan elektron pada antioksida akan di'transfer' kpd radikal bebas, hasilnya, radikal bebas akan menjadi lebih stabil. Antioksida ini boleh diperoleh drpd Vitamin C & E. Makanan yang kaya dengan Vitamin C, pasti mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.

"By controlling free radicals, antioxidants can make the difference between life & death, as well as influence how fast & how well we age." 
- The Antioxidant Miracle, Lester Packer, Ph.D


Manggis
  • Antara buah terbaik di kalangan buah tropikal
  • Mengandungi pelbagai jenis bahan biologi aktif, antaranya, Xanthone 
  • Xanthone dikenali sebagai Adaptagens (mampu menyesuaikan diri dalam badan manusia & membantu badan berfungsi dengan baik.
Ekstrak Biji Anggur
  • Mengandungi Perlindungan Oligometric Proanthocyanidins (OPC)
  • Kandungan utama adalah kompaun phenolic kepada monomer (catechins, epicatechin & taxifolin) & flavonoid 
  • Merupakan antioksida yang kuat & dapat melindungi badan dari proses penuaan & pereputan (dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida)
  • Kuasa antioksida Proanthocyanidins dalam ekstrak anggur 20x lebih berkuasa daripada Vit.E & 50x lebih berkuasa daripada Vit. C
Ekstrak Acai
  • Sejenis Beri dari Brazil
  • Mempunyai 10x ganda antioksida dari buah anggur & 2x ganda daripada blueberri. 
  • Mengandungi antocyanin, omega 6, kalsium, amino asid, mineral & vit. B1, B2, B3, C, E
  • Membantu menentang penuaan awal, menyokong kesihatan jantung, melancarkan penghadaman
Ekstrak Delima
  • Popular dalam masyarakat Cina
  • Mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunuh cacing, & meredakan cirit-birit.
  • Mengandungi tinggi kandungan antioksida, phenol, asid folik, & Vit. C
  • 1 biji delima mampu menyumbangkan 40% vit. C yang diperlukan oleh orang dewasa.
Jus Epal
  • Mengandungi serat mudah larut & serat tidak mudah larut
  • Mengandungi antioksida yang mampu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. (mengurangkan risiko sakir jantung)
  • Serat tidak mudah larut membantu membersih saluran usus, membuang makanan dengan pantas & membantu mengekalkan berat badan
Puri Roselle
  • Mengandungi pektin, Vit. C, A, E & mineral
  • Mempercepat peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi & memberi kesan awet muda.

contoh botol jus

Dalam menghadapi penyakit, kita perlu berusaha mengubati penyakit tersebut melalui apa cara sekalipun & kita juga perlu bertawakal dengan segala ketentuan Illahi. 



sumber :  
http://www.shamelinbiz4u.com/

No comments:

Post a Comment